Recent Posts

    sejarah film upin & ipin


    Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.

    Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui empat musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

    Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Upin & Ipin: Angkasa yang dijangka keluar pada tahun 2011.
    Sejarah penerbitan

    Pada mulanya sebagai sebahagian gagasan filem Geng: Pengembaraan Bermula, Upin dan Ipin direka oleh Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Abdul Karim dan Usamah Zaid, para pengasas Les' Copaque. Ketiga-tiga mereka merupakan siswazah lepasan Universiti Multimedia yang mula-mulanya bekerja sebagai kakitangan sebuah syarikat animasi lain sebelum bertemu dengan bekas peniaga minyak dan gas, Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2005, lalu membuka syarikat Les' Copaque.[1]

    Siri pertama Upin & Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Kata Safwan, "Kami memulakan siri animasi empat minit ini … untuk menguji penerimaan pasaran tempatan serta mengukur bagaimana reaksinya kepada kebolehan penceritaan kita."[2] Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi sempena bulan Ramadan seterusnya.

    Nizam percaya bahawa aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai pasti menarik minat pasaran antarabangsa. Hujahnya, siri animasi Doraemon dari Jepun boleh laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa.[2] Apatah lagi, reputasi Les' Copaque sebagai syarikat terkenal mula dibentuk oleh populariti Upin & Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia.

    Proses animasi Upin & Ipin (dan juga filem Geng) menggunakan perisian CGI Autodesk Maya. [3] Di sebuah sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."[4]

    Pada tahun 2009, Nizam, Safwan dan Anas meninggalkan Les' Copaque untuk menubuhkan sebuah studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios; namun siri animasi Upin & Ipin masih diteruskan di bawah pimpinan Haji Burhanuddin selaku pengarah.[5]
    [sunting]
    Latar
    Lihat juga: Senarai watak Upin & Ipin

    Upin dan Ipin ialah sepasang adik-beradik kembar berusia tadika yang tinggal bersama kakak Ros dan Opah serumah di Kampung Durian Runtuh, setelah kematian kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu masih bayi. Upin dan Ipin bersekolah di Tadika Mesra yang terletak dalam kawasan kampung, di mana mereka berkawan dengan ramai kanak-kanak yang bermacam-macam ragamnya, antaranya Mei Mei yang comel dan berpemikiran waras, Jarjit Singh yang gemar berjenaka dan berpantun, Ehsan yang penyepi, cemerkap dan kuat makan, Fizi (sepupu Ehsan) yang penuh yakin diri tetapi suka memerli, dan Mael yang berdaya keusahawanan dan pandai berkira.

    Kampung Durian Runtuh diketuai oleh Isnin bin Khamis yang lebih dikenali sebagai Tok Dalang kerana merupakan pakar wayang kulit. Tok Dalang menjaga segagasan pokok rambutan untuk tujuan komersil dan membela ayam jantan bernama Rembo. Antara penduduk-penduduk lain Kg Durian Runtuh yang dikenali termasuk Muthu, pegerai makanan kampung yang tinggal bersama anaknya Rajoo dan lembu peliharaannya Sapy; Sally, seorang bapuk yang bermulut pedas; dan Ah Tong, peniaga tanaman yang kuat bercakap. Kampung Durian Runtuh juga didatangi oleh seorang gadis bernama Susanti yang berpindah sekeluarga dari Indonesia.
    [sunting]
    Sejarah penyiaran
    Lihat juga: Senarai episod Upin & Ipin
    [sunting]
    Musim pertama (2007)

    Musim pertama Upin & Ipin disiarkan pada 7.30 malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, sempena menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri, yang menceritakan Upin dan Ipin menghayati bulan mulia. Empat episod pertama diperkenalkan pada awal bulan puasa, diikuti tempoh selang antara 22 September dan 11 Oktober yang diisi ulang tayang, dan diakhiri dengan dua episod baru sempena Lebaran.[6] Siri ini memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.[7]
    [sunting]
    Musim ke-2 (2008)

    Musim kedua yang bertajuk Upin & Ipin: Setahun Kemudian, disiarkan pada pukul 7.00 malam setiap episod. Musim kali ini terdiri dari 12 episod, yang separuh pertama disiarkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan[8] (tayangan pertama di separuh awal bulan, ulangan di separuh akhir bulan) dan separuh lagi sempena Hari Raya Aidilfitri dari 1 hingga 6 Syawal.[9] Musim ini ditaja oleh Colgate-Palmolive Malaysia yang mempromosikan keluaran ubat gigi Colgate Kayu Sugi.[10]
    [sunting]
    Musim ke-3 (2009)

    Musim ketiga Upin & Ipin, yang membawa tajuk penuh Upin & Ipin dan Kawan-Kawan, bermula pada 2 Februari 2009.[11] Sehingga pertengahan bulan Mei, tiga episod ditayangkan (termasuk ulangan) setiap minggu pada Isnin hingga Sabtu, jam 7 malam[12], diikuti siaran tiga dalam satu pada Ahad, dari pukul 7.00 hingga 7.30 malam.

    Mulai 14 Mei, waktu siaran Upin & Ipin dihadkan kepada hujung minggu, iaitu Jumaat hingga Ahad, jam 5.30 petang. Selain itu, syarikat TM[13] diumumkan sebagai penaja utama siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan hingga kini.

    Pada bulan September, siaran Upin & Ipin dikembalikan kepada setiap hari Isnin hingga Ahad dengan episod-episod baru sempena bulan puasa dan cuti sekolah akhir tahun. Musim ketiga diakhiri dengan "Kembara ke Pulau Harta Karun (bahagian 8)" keluar pada 30 Disember 2009, menjadikannya 42 episod kesemuanya.
    [sunting]
    Musim ke-4 (2010)

    Musim keempat Upin & Ipin dan Kawan-kawan bermula pada 15 Mac 2010 dengan episod "Juara Kampung (bahagian 1)", tambahan pula diperkenalkan intro serba baru dengan kad tajuk berbentuk lukisan pensel warna dalam buku latihan. Asyiela Putri menggantikan Fathiah sebagai pengalih suara Upin & Ipin. Musim ini juga ditaja oleh syarikat TM. Sebelum ini, Asyiela pernah mengalih suara siri Upin & Ipin musim ketiga dalam bahasa Inggeris[14] untuk Disney Channel Asia.

    Belum ada Komentar untuk "sejarah film upin & ipin"

    Posting Komentar

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel